PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di 11 negeri petang ini.
Menurut MetMalaysia, cuaca buruk itu diramalkan berlarutan sehingga lewat petang.
“Di Kedah membabitkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
“Di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sementara itu, amaran turut dikeluarkan di seluruh kawasan negeri Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
“Di Pahang hujan membabitkan di kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran dan Kuantan.
“Manakala di Negeri Sembilan Melibatkan Seremban, Port Dickson dan Rembau serta di Johor tertumpu di kawasan Segamat dan Mersing.
Bagi di Sarawak, Cuaca buruk turut diramalkan berlaku di Kuching, Serian, Samarahan dan Miri (Miri dan Marudi).
“Di Sabah pula membabitkan Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE