fbpx

Aina jadi pokok bunga, Lady Gaga dah buat dulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Penyanyi Aina Abdul sekali lagi muncul dengan fesyen pelik apabila menjadi ‘pokok bunga’ ketika mendendangkan lagu Nafas Cinta pada Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) sebentar tadi.

Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani yang bergandingan dengan Khai Bakar menerusi lagu tersebut dan kini menjadi perbualan ramai dalam gelanggang media sosial terutama Twitter.

“Aina Abdul baru lepas redah semak ke sebelum naik ‘perform’ atas stage AJL? Banyak nau rumput pokok bagai tersangkut,” ciap seorang netizen dalam Twitter.

Sebelum ini, ramai selebriti antarabangsa pernah muncul dengan imej sedemikian termasuk Lady Gaga yang wajahnya dipenuhi jambangan bunga dalam satu penampilan umum.

Pada edisi terdahulu, Aina menjadi artis paling menyerlah dengan fesyen unik.

Paling diingati, dia pernah mencetuskan kontroversi menerusi lagu Sumpah apabila gimik ‘darah’ menitis daripada gaunnya disifatkan keterlaluan sehingga persembahannya disekat dalam YouTube.

Nafas Cinta merupakan salah satu daripada 12 lagu bertanding pada malam ini yang bersiaran langsung dari Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) dan dihoskan oleh Alif Satar dan Nabila Huda.

Lagu berkenaan hasil ciptaan Wan Zakaria dan Aina sendiri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI