fbpx

Agong, Raja Permaisuri sambut ulang tahun perkahwinan ke-36

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara momen Al-Sultan Abdullah bersama Tunku Hajah Azizah ketika melawat Taman Tasik Perdana, bulan lalu.

PETALING JAYA – Warga Istana Negara merafak sembah ucapan tahniah sempena ulang tahun perkahwinan Diraja ke-36 Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Perkara itu dikongsikan dalam satu hantaran menerusi laman Facebook Istana Negara, hari ini.

Dalam pada itu, Istana Negara turut berkongsi beberapa gambar menunjukkan momen-momen pasangan tersebut sepanjang tahun lalu.

Sementara itu, menjengah di ruangan komen rata-rata orang ramai turut mengucapkan tahniah serta mendokan kedua pasangan diraja itu.

“Happy anniversary (Selamat ulang tahun) Tuanku, semoga murah rezeki dan berbahagia hingga ke syurga,” ucap Cikgu Pura.

“Selamat hari ulang tahun Tuanku, Semoga sihat walafiat dan panjang umur. Daulat Tuanku,” ujar Afandi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI