fbpx

7 kali gulung tikar sebelum bangkit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Abd. Rahim berhasrat membuka cawangan di Lembah Klang untuk memberi perkhidmatan kepada lebih ramai pesakit.

ALOR SETAR – Mempunyai modal bukan jaminan perniagaan akan berjalan lancar kerana tersalah langkah boleh mengakibatkan bisnes gulung tikar, cerita Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Klinik Pakar Jantung Dr. Rahim.

Dr. Abd. Rahim Tahir berkata, pelbagai bisnes yang dijalankannya sebelum ini menemui kegagalan setelah berdepan pelbagai masalah termasuk ditipu.

“Bila ada duit, saya mahu laburkan untuk bantu masyarakat dengan menjalankan perniagaan. Saya mula dengan bisnes santan.

“Selepas gagal, saya cuba peniagaan lain seperti bisnes kek lapis Sarawak, katering, restoran, kereta sewa, pembekal air dan hartanah. Saya pernah tujuh kali gulung tikar dan kad bisnes saya sentiasa berubah-ubah,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Penghujung 2018 membawa lembaran baharu apabila beliau memilih untuk menyertai program anjuran RichWorks, Zero Kos Marketing dan menimba ilmu bersama Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

Pada 2019, Dr. Abd. Rahim menyertai program Mentoring Titanium dan tahun lalu, My Heart Centre Sdn. Bhd. kendaliannya meraih untung RM3.5 juta serta menyasarkan keuntungan RM15 juta untuk tahun 2022.

“Program Richworks berjaya membuka mata saya, walau ada pengalaman jalankan pelbagai perniagaan, kita tetap perlu cari ilmu.

“Untuk jadi pakar jantung saya sanggup belajar hingga ke luar negara, kenapa untuk bisnes saya tak belajar?” ujarnya.

Orang ramai yang mahu mendapatkan informasi kesihatan dan maklumat lanjut boleh mengunjungi Facebook Pakar Jantung Dr. Rahim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI