fbpx

33,406 kes Covid-19, 67 kematian dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kes jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam.

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 masih kekal melepasi angka 30,000 dengan semalam sebanyhak 33,406 kes dilaporkan, sekali gus tertinggi sejak pandemik tersebut dilaporkan di negara ini.

Ia kali keenam kes melepasi angka 30,000 dengan kelmarin (33,209 kes), 3 Mac (32,467 kes), 25 Februari (30,644 kes), 24 Februari (32,070 kes) dan 23 Februari (31,199 kes).

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada kes yang dilaporkan semalam, sebanyak 342 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala, jumlah kumulatif kes Covid-19 negara sebanyak 3,595,172 kes.

“Mengikut pecahan negeri-negeri, kes semalam dilaporkan di Selangor (9,651 kes), Kuala Lumpur (3,603 kes), Kedah (2,946 kes), Johor (2,713 kes), Pulau Pinang (2,621 kes), Sabah (1,778 kes), Pahang (1,619 kes), Negeri Sembilan (1,565 kes) dan Kelantan (1,550 kes).

“Seterusnya Perak (1,491 kes), Sarawak (1,455 kes), Terengganu (856 kes), Melaka (931 kes), Labuan (267 kes), Perlis (228 kes) dan Putrajaya (132 kes),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Dalam masa sama, sebanyak 67 kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 33,173 kes serta sebanyak 23 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 6,853 kes.

Sebanyak 311,206 kes aktif dilaporkan melibatkan 298,532 kes dikuarantin di rumah, 3,588 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 8,715 kes di hospital, 145 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 226 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI