fbpx

Wanita rela tolak motor, angkut berkotak-kotak susu percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan kegigihan seorang wanita menolak motosikalnya sambil membawa berkotak-kotak susu percuma

PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita yang sanggup menolak motosikalnya gara-gara tidak mempunyai ruang duduk selepas membawa berkotak-kotak susu percuma untuk dibawa pulang telah mencuri tumpuan orang ramai.

Terdahulu, sejak 2 Mac lalu, susu durian jenama Nilofa telah diedarkan secara percuma buat semua orang dan mereka boleh mengambilnya di gudang Nilofa Group yang terletak di Jalan Sungai Puloh, Klang, Selangor.

Sehubungan itu, ramai penduduk sekitar mengambil peluang untuk mendapatkannya sehingga pihak pengedar terpaksa memberhentikan proses pemberian tersebut seketika atas sebab yang tidak dapat dielakkan dan akan memaklumkan tarikh serta lokasi yang baharu secepat mungkin.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @farrafareez_ di media sosial memaparkan kegigihan wanita berkenaan sehingga terpaksa dibantu seorang lelaki untuk menolak motorsikalnya sambil memegang kota-kotak tersebut bagi mengelak daripada terjatuh.

Sementara itu, menjengah di ruangan komen perkongsian tersebut, rata-rata orang ramai terkejut melihat kuantiti susu yang diambil wanita berkenaan dan ada yang mempersoalkan tindakannya itu.

“Kenapa akak ambil banyak sangat susu, nanti takut orang lain yang datang tak dapat merasa,” ujar Anne.

“Dah tahu datang naik motor, ambil ikut mana yang perlu, kalau banyak macam ini, dan susahkan diri, mungkin ada keperluan lain wanita itu, cuma kenderaan yang diguna tidak sesuai untuk kuantiti tersebut,” kata Abu Zarif.

Selain itu, ada seorang pengguna meninggalkan komen memaklumkan tujuan wanita tersebut berbuat demikian adalah kerana ingin membantu mengagihkan kepada orang lain yang tidak dapat hadir untuk mengambil susu tersebut.

“Dia ambil sebenarnya nak sedekah dekat orang lain yang tak sempat datang, bukan tamak,” kongsi @user586207. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI