fbpx

Syarikat Rusia berhentikan 98 peratus pekerja akibat sekatan Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Buyk mempunyai operasi yang besar di New York dan Chicago. - Noam Galai

BANDAR RAYA NEW YORK – Aplikasi penghantaran barangan dapur, Buyk, memberhentikan sebahagian besar kakitangannya di Amerika Syarikat (AS) secara tiba-tiba ekoran sekatan yang dikenakan ke atas Rusia, lapor akhbar New York Post semalam.

Buyk yang diasaskan oleh dua warganegara Rusia iaitu  Slava Bocharov dan Rodion Shishkov, mempunyai operasi yang besar di Bandar Raya New York dan Chicago.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, James Walker berkata, Buyk memberhentikan 98 peratus kakitangannya sehingga ia berjaya mendapatkan dana daripada sumber-sumber di AS.

“Kami telah membuat keputusan sukar untuk memberhentikan pekerja secara sementara sehingga syarikat mendapat lebih banyak sumber dana  di AS.

“Kedua-dua pengasas kami juga telah menyediakan pembiayaan sementara kepada Buyk.

“Bagaimanapun, sekatan ke atas bank-bank Rusia telah menjadikan proses pembiayaan sementara ini tidak dapat dilaksanakan, meskipun tiada sekatan dikenakan terhadap kedua-dua pengasas kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Walker, setakat ini, aset milik syarikat itu masih melebihi liabilitinya  dalam jumlah  yang besar.

“Justeru, kami kekal yakin bahawa model runcit ultra pantas Buyk mampu menjadikan peruncitan masa sebenar sebagai satu realiti di AS,” ujar Walker. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI