JOHOR BAHRU – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kini dalam fasa akhir bersama Jabatan Peguam Negara untuk mengemukakan Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Arkitek
Landskap.
Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, RUU berkenaan adalah sebagai satu kerangka untuk memajukan lagi profesionalisme arkitek landskap di negara ini.
Selain itu katanya, RUU itu juga penting bagi membolehkan kerjaya sebagai profesion arkitek landskap dibangunkan dengan lebih sistematik seperti mana profesion yang lain.
“Selain itu, ia juga menjadi fundamental requirement dalam hasrat dan matlamat kita untuk membangunkan industri landskap Malaysia yang lebih berdaya maju serta mampu menyumbang dengan signifikan kepada ekonomi negara.
“Pada masa sama, kita juga akan dapat melahirkan lebih banyak tenaga mahir lagi berkepakaran dalam bidang landskap di semua peringkat dalam kerajaan termasuklah 155 buah pihak berkuasa tenpatan (PBT) yang berada di seluruh negara,” katanya semasa berucap pada sambutan Hari Landskap Negara 2022 (HLN2020) di sini hari ini.
Majlis pelancaran HLN 2020 itu disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diringi Menteri Besar Johor, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad.
HLN2022 yang berlangsung selama tiga hari ini bermula pada 4 Mac hingga 6 Mac 2022 menyediakan pelbagai aktiviti sampingan menarik.
Antaranya, Larian Hari Bebas Kenderaan Johor Bahru, pertandingan futsal dan sukan rakyat, zumba dan senamrobik, persembahan buskers, live band dan mini konsert, jualan produk.-KOSMO! ONLINE