fbpx

Hujan lebat hampir di semua negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan keadaan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang berlaku di hampir semua negeri petang ini.

MetMalaysia dalam laporannya di Facebook memaklumkan antara kawasan terlibat adalah keseluruhan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Melaka.

Selain itu, cuaca buruk yang sama turut tertumpu melibatkan beberapa daerah di Kelantan temasuklah Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.

“Di Pahang, kawasan yang terlibat adalah Raub dan Bentong serta beberapa daerah sekitar Negeri Sembilan seperti Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.

“Manakala bagi negeri Johor, hujan lebat serta ribut petir sedang melanda di Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir bagi negeri Sarawak melibatkan kawasan Serian, Samarahan dan Limbang serta beberapa bahagian di Sabah.

“Ia termasuklah kawasan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu),” jelasnya.

Menurut MetMalaysia, keadaan cuaca buruk ini dijangka berlarutan sehingga lewat petang nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI