fbpx

PPj perlu lebih proaktif selesaikan masalah komuniti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jalaluddin Alias beramah mesra dengan sebahagian pemain selepas merasmikan kejohanan futsal anjuran PKPJ di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Perbadanan Putrajaya (PPj) perlu lebih proaktif menyelesaikan permasalahan penduduk walaupun wilayah itu dianggap sebagai amat lengkap dalam aspek prasarana awam.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, sejak beliau memegang jawatan banyak isu dibangkitkan sewaktu sesi pertemuan dengan masyarakat.

“Kita tidak mahu isu sebegini kecoh dilaporkan maka baru hendak diambil tindakan kerana kepentingan penduduk tidak boleh dilayan sedemikian rupa,” jelasnya kepada pemberita.

Ia susulan tular menerusi media sosial mengenai sisa pepejal dilonggokkan di rumah sampah Presint 16 serta banyak rumah kosong terbiar sehingga menjadi lokasi pembiakan nyamuk.

Terdahulu, beliau yang juga Ahli Parlimen Jelebu, hadir merasmikan Kejohanan Futsal Piala Perantau anjuran Pertubuhan Kebajikan Perantau Jelebu (PKPJ) di Presint 18, di sini hari ini.

Pertandingan julung kali diadakan di Kompleks Futsal Mokhtar Dahari itu disertai 16 pasukan dengan menawarkan wang tunai yang keseluruhannya bernilai RM8,100 dan hadiah iringan.

Mengulas lanjut, Jalaluddin memberi jaminan bahawa beliau akan memantau dan memastikan setiap isu disuarakan rakyat di Wilayah Persekutuan dapat ditangani dengan segera.

“Jika perkara sebegini masih lagi dibiarkan berlarutan, pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab itu perlu tampil mengemukakan jawapan balas kepada kementerian,” tegasnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI