fbpx

Perosak rumah tangga orang boleh dipenjara, denda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
mereka yang menjadi punca keretakan rumah tangga orang lain boleh dihadapkan ke mahkamah. – gambar hiasan

PETALING JAYA – Lelaki atau perempuan yang terlibat mengganggu rumah tangga pihak lain dengan cara membuat hubungan sulit dengan suami atau isteri orang boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata, suami atau isteri yang menangkap pasangan mereka yang curang boleh membuat aduan kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri bersama bukti kukuh.

“Kertas siasatan akan dibuka bagi membolehkan jabatan pendakwaan syariah membawa kes ke mahkamah.

“Mereka boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang syariah negeri kerana mengganggu rumah tangga orang merupakan kesalahan,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Musa, kebanyakan kes akan disiasat mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan iaitu memikat, membawa pergi atau menahan isteri orang. Sabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda.

Selain itu, tambahnya, pesalah boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 37 Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 kerana menghalang pasa­ngan sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri.

“Tindakan juga boleh diambil mengikut Seksyen 34 Enakmen 9 tahun 1995 Enakmen Syariah Selangor 1995 kerana menghasut suami dan isteri supaya bercerai. Denda dan penjara menanti si pelaku,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI