fbpx

Bison harap tuah di gelanggang sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERAK Bison mengharapkan tuah beraksi di gelanggang sendiri menjelang perlawanan menentang Putrajaya Cyborg dan Kelantan Warriors hujung minggu ini.

PASUKAN Perak Bison berharap meraih tuah di gelanggang sendiri untuk mengutip dua mata penting apabila ber­aksi pada minggu terakhir ­saingan kejohanan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) di Stadium Indera Mulia, Ipoh hari ini.

Dengan kedudukan pasukan itu ibarat telur di hujung tanduk, ketua jurulatih Perak Bison, Suhairi Abd. Aziz berharap anak-anak buahnya menjelmakan keajaiban bagi melakar satu kemenangan bagi mengelak tersingkir ke Liga Division 1 tahun hadapan.

“Hanya satu kemenangan daripada baki dua perlawanan mampu menyelamatkan kami daripada tersingkir ke liga bawahan.

“Itu yang kami perlu lakukan apabila bertemu Putrajaya Cyborg dan Kelantan Warriors untuk mengelak tersingkir,” kata Suhairi.

Suhairi berharap tuah di gelanggang sendiri akan me­ngubah nasib pasukan kendaliannya itu selepas dilanda musibah sebelum ini.

“Suka atau tidak kami kena menang baki dua perlawanan ini untuk kekal dalam saingan utama STL. Mereka sedar apa yang harus dilakukan dalam dua perlawanan itu pada hujung minggu ini.

“Kami menghadapi misi sukar tetapi peluang tetap ada. Dengan sokongan padu penyokong tempatan saya yakin peluang kami cerah dalam kedua-dua perlawanan itu,” katanya.

Perak akan bertemu Cyborg pada hari Sabtu dan Kelantan hari Ahad.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI