fbpx

Orang Malaysia mudah kena tipu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Setiap hari pasti ada berita mengenai kes penipuan dilaporkan di akhbar. Kerugian yang dialami oleh mangsa pula bukannya kecil, paling kurang lima angka.

Macau scam, love scam atau parcel scam antara penipuan yang paling popular di negara ini.

Scammer menjalankan kerja mereka dengan cara menghubungi menerusi panggilan telefon atau mengumpan di media sosial seperti Facebook.

Jika dilihat modus operandi bagi kedua-dua jenis penipuan tersebut tidak banyak yang berubah sejak 10 tahun lalu.

Tidak tahu di mana silapnya, golongan profesional pun ada yang terjerat dengan scammer ini.

Pelbagai peringatan sudah diberikan oleh pihak berkuasa kepada orang ramai, namun masih ada mangsa yang menyerahkan wang simpanan mereka, malah sampai ke tahap terpaksa berhutang.

Scammer ini tidaklah terlalu licik. Dalam keadaan tertentu kita masih boleh menghidu taktik mereka seperti loghat percakapan yang langsung tidak menggambarkan mereka mewakili jabatan-jabatan tertentu.

Ada juga kes mangsa pada mulanya bermati-matian menafikan penglibatan dalam aktiviti jenayah, namun pada akhirnya mereka masih kena tipu dan menyerahkan wang.

Begitu juga dengan vaksin Covid-19. Ketika kempen Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sedang giat dijalankan ada kumpulan-kumpulan tertentu pula sibuk menyesatkan rakyat negara ini dengan teori-teori tertentu.

Jika difikirkan logik, sekiranya mereka ini bergelar pegawai perubatan mengapa muncul di media sosial untuk berhujah mengenai vaksin sahaja tetapi berkaitan masalah atau isu-isu kesihatan lain mereka diam menyepi pula.

Selain menghasut orang ramai, mereka juga memperlekehkan usaha kerajaan dan profesionalism pakar-pakar perubatan di negara ini, malangnya masih ramai yang percaya.

Begitu juga dengan berita-berita palsu yang disebarkan di dalam media sosial, WhatsApp dan Telegram.

Berita yang disampaikan kepada pembaca disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan niat untuk menghuru-hara keadaan dan kemudian diterima bulat-bulat oleh netizen. Ada juga yang menjana pendapatan dengan berita palsu.

Semua situasi di atas membuatkan penulis terfikir adakah rakyat Malaysia mudah kena tipu?

Walaupun jumlahnya tidak besar, namun sudah mencukupi bagi mereka yang mempunyai agenda-agenda tertentu termasuklah scammer. Fikir-fikirkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI