PETALING JAYA – Kejadian seorang wanita dan anak lelakinya memarahi kakitangan sebuah kedai serbaneka dan restoran makanan segera yang tular dipercayai di Terengganu terus mendapat perhatian orang ramai.
Terkini, seorang wanita yang menggelarkan dirinya sebagai Kak Long Tukang Urut pula ‘membasuh’ wanita yang turut dikenali sebagai Kak Long Kosmetik.
Jelas Kak Long Tukang Urut melalui satu klip video yang ditayangkan di laman sosialnya berkata, jika rasa duit tidak cukup, tidak perlulah untuk makan di kedai makanan yang mahal dan terkenal seperti KFC.
“Dah tahu duit ada RM30, beli je ayam penyet tepi jalan, murah pun murah. Kalau tak pun beli sahaja ayam tiga ketul beli banyak-banyak boleh makan dengan suami dekat rumah.
“Ini duit pun RM30, nak pergi makan KFC, pastu bising pasal air batu (ais) tak ada la. Kalau nak bising sangat ambil je batu tepi jalan tu,” jelasnya.
Klip video tersebut turut mendapat sambutan dari orang ramai dan ramai bersependapat dengan Kak Long Tukang Urut, rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh wanita tersebut.
“Betul lah tu, dah tahu duit cukup-cukup tak payah la buat live. Nak marah saja mesti buat live. Paling geram dengar pula suara anak dia tu,” jelas Nafis Koci.
“Tak payah la nak beriya sangat pasal air batu, pasal anak kau dituduh tu. Sendiri buat hal sendiri tanggung la, senang sahaja.
“Kak Long Tukang Urut ni pun boleh tahan ‘tembak’ orang, tapi apa yang dia cakap memang betul. Dah-dah la tunjuk diri kita tak cerdik,” jelas Piaggio Mustapa. – KOSMO! ONLINE.