PETALING JAYA – Kak Long Kosmetik mungkin tidak sehebat nama-nama pensohor media sosial yang lain, namun namanya kini menjadi sebutan setiap lapisan umur di Malaysia.
Mungkin ramai yang tidak mengenalinya, namun jika disebut berkenaan kedai serbaneka 7Eleven dan juga kedai makanan cepat, KFC ternyata bayangan wajah Kak Long Kosmetik akan timbul.
Namun apa yang menjadi bualan hangat di media sosial adalah berkenaan dengan cara ‘kemahsyurannya’ yang dilihat tidak kena dan tidak patut berlaku.
Rata-rata orang ramai menyifatkan, tindakan peniaga itu dengan membuat ‘live’ ketika tidak berpuas hati dengan apa keadaan sekali pun adalah tidak patut.
Ada yang juga yang berkata, anak lelaki kepada wanita yang difahamkan berasal dari Terengganu itu juga tidak perlu campur tangan ketika orang tua sedang bercakap.
“Maaf cakap lah, isu tidak puas hati ni kalau nak dikatakan memang semua orang tidak puas hati, namun cara yang dilakukan oleh wanita itu sebenarnya tidak patut.
“Salurkan pada pihak yang sepatutnya, bukan kita cepat sangat nak tekan butamng ‘live’ dekat sosial media kita. Secara tidak langsung akan nampak kelemahan kita sendiri,” ujar Ismail JB.
“Paling orang nampak adalah anak lelaki dia, bercakap dengan orang yang lebih berumur tiada hormat. Kalau terus dibiarkan Anakku Sazali benar-benar akan wujud.
“Dalam mendidik anak sebenarnya tingkah laku ibu bapa itu sangat penting, semoga Kak Long Kosmetik sedar akan kesilapannya,” jelas Iser Chiku3. – KOSMO! ONLINE.