fbpx

[VIDEO] Gempar lelaki ‘amuk’ atas lori kontena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LELAKI yang berada di atas lori kontena itu.

KLANG – Suasana di Persiaran Hamzah Alang, Taman Meru Indah di sini, gempar apabila seorang lelaki dipercayai kurang siuman mengamuk atas sebuah lori kontena hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, lelaki berkenaan dikatakan menjerit sambil memegang sesuatu objek di atas kenderaan tersebut.

Keadaan itu memaksa orang awam terpaksa bertindak menghubungi pihak berkuasa untuk bantuan lanjut.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan 12 anggota termasuk pegawai dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.07 pagi.

“Setibanya di lokasi, anggota kita segera meletakkan jentera bomba bersebelahan lori kontena tersebut.

“Ia bagi membantu memudahkan polis untuk menahan lelaki yang dipercayai kurang siuman itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Norazam, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 11.29 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata fakta lanjut akan dimaklumkan pihaknya dalam masa terdekat.

Terdahulu, tular video berdurasi 29 saat di media sosial memaparkan tindakan seorang lelaki yang dipercayai mengamuk hingga menimbulkan kegusaran orang awam yang berada berdekatan premis perniagaan di kawasan itu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI