fbpx

Bayi 24 hari maut selepas menyusu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau.

REMBAU – Seorang bayi perempuan berusia 24 hari ditemui sudah tidak bernyawa selepas menyusu di kediaman keluarganya di Kampung Batu 1, Pedas Tengah di sini tengah hari tadi.

Dalam kejadian tersebut, bayi berkenaan, Nurul Ain Darwisya Hanafiruz dikejarkan ke Hospital Rembau oleh ibunya namun disahkan telah meninggal dunia oleh petugas perubatan.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden, Hazri Mohamad berkata, berdasarkan laporan awal ibu bayi berkenaan berusia 40 tahun menyusukan anak keenamnya itu kira-kira pukul 12.39 tengah hari.

“Bayi itu yang tidur diletakkan di atas kereta sorong di ruang tengah rumah.  Setengah jam kemudian semasa kakak bayi berkenaan ingin membetulkan bedung telah mendapati adiknya dalam keadaan tidak bertindak balas.

“Si ibu telah membawa bayi berkenaan ke Unit Kecemasan Hospital Rembau. Doktor bertugas mendapati tiada nadi dikesan dan tubuh bayi berkenaan dalam keadaan telah sejuk.

“Bantuan pernafasan telah diberikan, namun bayi tersebut tiada tindak balas dan bayi disahkan telah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hazri berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian berkenaan pada pukul 5.09 petang.

Menurut beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan dan doktor memaklumkan semasa kelahiran bayi tersebut di Hospital Rembau dalam keadaan sempurna, namun wajah bayi berkenaan ada menunjukkan tanda “Down Sindrom”.

“Doktor menyatakan pemeriksaan susulan akan dilakukan apabila bayi berkenaan berusia sebulan. Buat masa ini ujian calitan Covid-19 telah dijalankan, tetapi masih belum dapat keputusan,” katanya.

Kata beliau, punca kematian akan diketahui selepas keputusan bedah siasat dilakukan esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI