fbpx

ATM perlu peruntukan tambahan selenggara aset misi banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ikmal Hisham (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Ketua Peneroka Felda Kemahang 1, Shapie Hamat di Program Jiwa Murni (PJM) Sempena Program Pemimpin Dan ATM Bersama Rakyat di Felda Kemahang 1, Tanah Merah hari ini. FOTO BAHRUDDIN HATTA

TANAH MERAH – Kementerian Pertahanan memerlukan peruntukan tambahan untuk menyelenggara aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memandangkan ia merupakan keperluan yang digunakan
bagi membantu rakyat terutamanya ketika banjir.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, aset yang perlu diselenggara antaranya adalah trak tentera dan pelbagai peralatan lain yang mampu memudahkan tugasan menyelamat semasa banjir.

Menurutnya, setakat ini, pihak ATM tiada aset khusus yang digunakan untuk menguruskan banjir.

“ATM tiada aset khusus yang digunakan untuk bencana banjir dan hanya bergantung kepada aset pertahanan yang sepatutnya digunakan bagi menjaga ketenteraman negara.

“Apabila tiba musim banjir seperti yang berlaku di Selangor dan Pahang baru-baru ini, aset ATM tidak mencukupi. Kita hanya menggunakan keperluan dan aset yang sedia ada,” katanya pada sidang media selepas Program Jiwa Murni (PJM) Sempena Program Pemimpin Dan ATM Bersama Rakyat di Dewan Muhibbah, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Felda Kemahang 1 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ikmal Hisham memberitahu, perkara itu perlu dibawa ke peringkat tertinggi memandangkan ia memerlukan bajet untuk penyelenggaraan yang sewajarnya bagi penugasan bencana alam.

Menurutnya, ATM sentiasa bersedia menghulurkan bantuan ketika banjir sekiranya perlu menggunakan aset-aset pertahanan sedia ada meskipun mengalami pelbagai kekangan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI