fbpx

Beli kerusi dapat kulit ular ‘percuma’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kulit ular yang berada di dalam kotak tersebut.

PETALING JAYA – Seorang wanita terperanjat apabila menemui ‘hadiah percuma’ berupa kulit ular di dalam barangan yang dibelinya secara dalam talian.

Menerusi video berdurasi 15 saat yang dikongsikan di aplikasi TikTok, @cikeykin27 itu menunjukkan wanita tersebut sedang membuka kotak berisi kerusi yang dibelinya, namun dia tiba-tiba terkejut apabila menjumpai kulit ular.

Seekor ular dipercayai telah memasuki kotak tersebut berdasarkan kesan lubang yang terdapat pada kotak tersebut.

“Saya ingatkan sampah, saya pun pegang untuk keluarkan. Namun rupa-rupanya sekali kulit ular. Boleh bayangkan tak kalau ular tersebut tidak keluar dari kotak,” kata wanita itu.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai reaksi selepas melihat video tersebut.

“Ya Allah, kenapa sampai dapat macam itu. Kalau saya yang kena memang terus menjerit,” ujar @sitizulaikha.

“Dapat hadiah percuma, kalau ada sakit jantung, memang terus ke alam sebelah,” kata @madiera.

“Allahuakbar, seramnya saya sampai terbayang ular itu ada di dalam kerusi yang awak beli,” jelas @NurAtirah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI