fbpx

Tiga lagi perlawanan terpaksa ditunda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Tiga lagi perlawanan pada minggu pertama Liga Malaysia (Liga M) terpaksa ditunda ke satu tarikh yang akan ditentukan kemudian selepas dihimpit dengan masalah jangkitan Covid-19.

Dua lagi perlawanan pertama Liga Premier yang membabitkan aksi antara Terengganu II dan UiTM serta Perak melawan Kelantan United yang dijadualkan berlangsung esok terpaksa ditunda.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam berkata, satu lagi perlawanan adalah membabitkan aksi Liga Super antara Sri Pahang dan Terengganu, juga dijadualkan berlangsung esok di Stadium Darul Makmur.

“Minggu ini kita ada satu aksi Liga Super dan empat perlawanan Liga Premier terpaksa ditangguhkan. Dengan lima penangguhan di minggu pertama ini, kita akan pastikan persediaan sekreteriat MFL untuk melaksanakan pindaan bagi memastikan setiap perlawanan mempunyai tempoh rehat yang cukup.

“Ianya bukan senang tetapi perkara ini nyata tidak boleh dipertikaikan dan pihak sekreteriat memang sudah bersedia,” katanya menerusi satu kenyataan.

Seramai 20 pemain dan pegawai Sri Pahang telah dijangkiti Covid-19 manakala 12 pemain UiTM disahkan positif dan baki pemain lain berstatus kontak rapat bergejala.

Satu lagi pasukan dari Liga Premier, Perak mengesahkan enam pemainnya turut dijangkiti Covid-19 dan 14 pemain lain berstatus kontak rapat bergejala.

Sebelum ini, MFL sudah pun mengesahkan dua aksi Liga Premier, Selangor II menentang skuad Projek FAM-MSN dan PDRM bertemu Kuching City ditunda, juga disebabkan masalah jangkitan Covid-19. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI