fbpx

Tentera Rusia tawan loji nuklear terbesar Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar siaran langsung oleh Pihak Berkuasa Nuklear Zaporizhzhia menunjukkan letupan berlaku di loji nuklear Zaporizhzhia hari ini. - AFP

KIEV, Ukraine – Tentera Rusia menawan loji nuklear terbesar Eropah hari ini selepas pertempuran dengan askar Ukraine menyebabkan fasiliti itu terbakar sekali gus mencetuskan kebimbangan kebocoran radioaktif.

Pihak berkuasa kawal selia nuklear Ukraine berkata, kebakaran telah dipadamkan dan tiada kebocoran radiasi dikesan setakat ini, manakala kakitangan loji janakuasa itu dibenarkan untuk terus bekerja di tapak tersebut.

“Loji Nuklear Zaporizhzhia telah ditawan oleh Tentera Persekutian Rusia,” kata Inspektorat Kawal Selia Nuklear Ukraine dalam satu kenyataan.

Terdahulu,pertempuran antara askar Ukraine dan  tentera Rusia yang mara ke bandar Zaporizhzhia mencetuskan kebakaran pada loji tersebut.

Stesen janakuasa itu terletak di tepi Sungai Dnipro, selatan Ukraine dan membekalkan satu perlima tenaga elektrik di  Ukraine.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menuduh Moscow menggunakan ‘keganasan nuklear’ dengan cuba mengulangi risiko bencana Chernobyl dan merayu pemimpin-pemimpin dunia supaya membantu Kiev.

“Tiada negara lain melainkan Rusia pernah membedil loji janakuasa nuklear,” katanya dalam satu mese video. – AFP  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI