fbpx

Tarikh kahwin BinJin ditunggu-tunggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASANGAN popular Hyun Bin dan Son Ye-jin kini diberi jolokan sebagai BinJin.

SIAPA yang tidak teruja apabila pasangan pelakon terkenal, Hyun Bin dan Son Ye-jin atau lebih dikenali dengan gelaran BinJin mengumumkan perkahwinan mereka sekitar Januari lalu.

Selepas pengumuman tersebut, maka sorotan perhatian media dan peminat tertumpu terhadap pasangan itu apabila semua tidak sabar menantikan detik bersejarah mereka disatukan.

Lumrah menjadi selebriti popular, segala maklumat waima cerita dalam kain pasti akan menjadi bahan berita dan BinJin tidak terkecuali.

Keterujaan ramai menantikan hari bahagia mereka didahului dengan pelbagai laporan berita antaranya pendedahan lokasi majlis perkahwinan yang didakwa akan berlangsung di Grand Walkerhill Seoul.

Terbaharu, timbul ura-ura mengatakan pasangan itu akan melangsungkan perkahwinan pada 30 Mac ini.

Memberi respons terhadap laporan berita yang disifatkan ‘mendesak’, BinJin menerusi wakil agensi masing-masing memohon pengertian orang ramai tentang privasi mereka.

“Sukar untuk kami kongsikan sebarang maklumat berkaitan kehidupan peribadinya,” ujar agensi Hyun Bin ringkas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI