fbpx

Bukan suka-suka ‘terjun’ ke Cub Prix

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR DINI (tengah) memasang impian untuk menaiki podium pada saingan Kejuaraan Cub Prix kelas Wira musim ini. – MOHD FARIZWAN HASBULLAH

BERMULA sebagai ‘gadis payung litar’ kini menjadi pelumba Kejuaraan Cub Prix Malaysia, itu permulaan karier berani gadis berusia 17 tahun, Nur Dini Uzma yang akan tampil bersaing dalam dalam kelas Wira bersama pasukan Tobaki Pink Racing.

Meskipun awalnya meneri­ma tentangan keluarga terutama ayahnya, namun Nur Dini mengubah persepsi itu apabila terpilih untuk menyertai perlumbaan Cub Prix pada 2020.

Katanya, kini keluarganya memberi sokongan kepada perjalanan Dini apabila terpi­lih mewakili Pink Racing yang dimiliki sepenuhnya seorang wanita, Nur Atikah Azwar.

DINI

“Dini minat perlumbaan lasak ini bermula dengan adik Dini yang beraksi dalam perlumbaan pocket bike. Sejak itu Dini berada di litar untuk merasai keterujaan menjadi seorang pelumba.

“Dini juga cuba-cuba menjalani latihan guna motosikal Cub Prix. Dari situlah, Dini mula berminat untuk meneruskan karier lebih tinggi. Pada 2020, Dini curi-curi pergi sesi pemilihan Cub Prix kerana ayah tidak benarkan sertai perlumbaan. Selepas itu, Dini tak sangka terpilih ke Cub Prix dalam kategori Yamaha NVX.

“Ayah ketika itu menyokong keputusan Dini dan mencari jalan untuk meneruskan ­impian Dini ke perlumbaan motosikal. Ayah memberi nasihat dan fokus selepas membuat keputusan sertai perlumbaan yang dikuasai lelaki ini,” katanya kepada Kosmo!.

Dalam pada itu, Dini turut mengakui status sebagai seorang wanita tidak menghalangnya untuk melakukan terbaik pada perlumbaan musim 2022 nanti.

“Meskipun ini tahun pertama saya dalam kategori Wira, namun impian saya tetap mahu mengutip mata dan terus memberikan saingan kepada pelumba lain,” kata Dini yang merupakan pelumba kelahiran Melaka tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI