SELEPAS hampir setahun menggegarkan dunia hiburan K-pop dengan kontroversi hubungannya bersama bekas kekasih yang juga aktor popular Kim Jung-hun, aktres jelita Seo Ye-ji akhirnya tampil membuat permohonan maaf.
Ujar Ye-ji, dia mengambil masa yang agak lama untuk berfikir baik buruk selepas menerima pelbagai kecaman dan makian daripada netizen.
“Dengan tulus hati, saya mohon maaf kerana buat ramai orang tidak selesa atas kekurangan diri saya.
“Sekali lagi, saya dengan ikhlas memohon maaf kerana telah mengecewakan kalian.
“Semua ini datang daripada ketidakmatangan diri sendiri. Saya akan lebih berhati-hati dan menjaga tingkah laku pada masa depan,” katanya yang kini membuat kemunculan semula menerusi sebuah drama baharu berjudul Eve.
Tahun lalu, Ye-ji dikecam teruk selepas portal eksklusif Dispatch mendedahkan mesejnya bersama Jung-hyun.
Perbualan tersebut mengandungi permintaan Ye-ji mengenai skrip drama Time lakonan Jung-hyun diubah agar babak bersentuhan antara bekas kekasihnya dengan rakan pelakon, Seohyun dibuang.