fbpx

Rusia beri amaran perisytiharan perang terhadap penggodam satelit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rusia memberi amaran bahawa sebarang cubaan untuk menggodam satelit milik negara itu akan dianggap sebagai justifikasi untuk berperang. – Bleeping Computer

MOSCOW – Ketua Agensi Angkasa Lepas Rusia (Roscosmos), Dmitry Rogozin, memberi amaran bahawa sebarang cubaan untuk menggodam satelit milik negara itu akan dianggap sebagai justifikasi untuk berperang, lapor laman berita Wion News semalam.Rusia

Sebelum ini, sebuah kumpulan penggodam yang menggelar diri mereka sebagai Anonymous mendakwa telah mematikan sistem agensi angkasa lepas Rusia.

Sebuah kumpulan gabungan dengan Anonymous yang dikenali sebagai Network Battalion 65 atau NB65  dipercayai telah menggodam agensi tersebut selepas mereka berkongsikan maklumat komputer pelayan Roscosmos di Twitter.

Sekiranya aktiviti godaman tersebut benar-benar berlaku, ia bermaksud Presiden Rusia, Vladimir Putin tidak dapat mengawal satelit-satelit intipan negara itu ketika peperangan berlangsung dengan Ukraine.

“Kumpulan penggodam NB65, yang bergabung dengan #Anonymous telah mematikan sistem Pusat Kawalan Agensi Angkasa Lepas Rusia Roscosmos. #Rusia sudah tidak dapat mengawal satelit-satelit intipan mereka,” demikian menurut kenyataan Anonymous TV pada Twitter.

Sementara itu, Rogozin menafikan laporan penggodaman tersebut dan memberi amaran terhadap tindakan itu selain menggelar Anonymous sebagai ‘penipu’.

“Mematikan satelit mana-mana negara merupakan tindakan ‘casus belli’, yang boleh membawa kepada peperangan,” kata Rogozin menurut laporan agensi berita Interfax. 

Dalam pada itu, Rusia menggesa firma teknologi berpangkalan di Britain, OneWeb, untuk memberi jaminan bahawa satelitnya tidak akan digunakan untuk memerangi negara itu.

Tanpa jaminan tersebut, Rogozin berkata, Rusia akan membatalkan rancangan pelancaran 36 satelit OneWeb dari kosmodrom Baikonur, yang disewa negara itu dari Kazakhstan tanpa memberi pampasan kepada OneWeb. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI