fbpx

Resipi Instagram inspirasi hidangan harian buat pengikut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mori memilih jenama Balducci dalam menyediakan makanan yang berkhasiat. - FOTO Mori Said

MEMASAK untuk keluarga di rumah merupakan suatu yang biasa dilaksanakan oleh seorang ibu. 

Antara langkah mudah mencari idea adalah dengan mencari resepi secara dalam talian dan melalui perkongsian dari personaliti sosial media. 

Mori Said, 55, atau nama sebenar Maori Mohd Said, sering menjadi penyelamat bagi ibu-ibu di rumah apabila tiada idea untuk memasak. 

Sosial media, platform kongsi resipi

Sebagai seorang personaliti sosial media dan ‘self-taught chef’, beliau sering berkongsi pelbagai idea masakan yang mudah, menarik serta versatile kepada pengikutnya. 

Perkongsian resipi yang menarik dan unik membuatkan Mori Said sentiasa menjadi rujukan ramai. 

Sebagai seorang ibu, Mori Said amat mementingkan kesihatan dan kandungan nutrisi dalam setiap masakan dan amat penting untuk menyediakan makanan sihat yang berkhasiat bagi ahli keluarganya. 

Pada Mori, makanan kegemaran yang sering menjadi permintaan anak-anak dan suami di rumah adalah Tomyum. 

Kebiasaannya, Mori menggunakan mee kuning sebagai sumber karbohidrat utama ketika dimakan bersama Tomyum.

Menyedari hakikat, mee kuning yang digunakan adalah kurang sihat kerana kandungan sodium karbonat yang agak tinggi serta kandungan pewarna yang boleh memberi kesan buruk sekiranya diambil secara kerap. 

Oleh itu, Mori Said mula menggunakan alternatif sumber karbohidrat yang lebih sihat iaitu penggunaan pasta. 

Mori berpendapat, pemilihan pasta adalah lebih baik kerana bahan yang digunakan adalah bahan asas air dan tepung. 

Beliau mula memilih pasta Balducci Angel Hair sebagai antara sumber karbohidrat utama yang dimakan bersama hidangan Tomyum.

Resipi Tomyum Angel Hair Balducci, yang sihat dan sedap dari Mori amat mudah diikuti, kerana resipi ini hanya menggunakan bahan-bahan yang tersedia di dapur. 

Hidangan ini bukan sahaja berkhasiat malah ringkas dan mudah disediakan serta menjadi kegemaran ramai keluarga.   

Bahan-bahan:

½ paket Balducci Angel Hair

5 ulas bawang putih 

1 ½ sudu makan pes Tomyum

1 sudu kecil serai kisar

½ biji bawang holand 

½ cawan bunga kobis

½ cawan lobak merah 

1 pek putik jagung

2 ekor sotong 

10 ekor udang saiz sederhana

15 lala (jika ada)

1 sudu makan sos ikan

1 biji limau nipis (ambil jusnya) 

Sedikit garam jika perlu

Daun ketumbar

Mori Said mengesyorkan jenama dari Balducci buat ibu-ibu yang mencari makanan berasaskan pasta yang mudah dimasak, halal dan boleh didapati pada harga berpatutan. 

Pasta dari Balducci boleh didapati dalam lima pilihan bentuk termasuk, Spaghetti, Spirali, Maccheroni, Fettuccine dan Angel Hair.

Balducci sangat sesuai buat seisi keluarga kerana ia tidak mengandungi bahan perisa atau pewarna tiruan. 

Untuk maklumat lanjut, layari Balducci Pasta dan dapatkan pelbagai pilihan pasta Balducci menerusi kedai rasmi GBA atau GBA Official Store di Lazada dan Shopee sekarang. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI