fbpx

Reen Rahim tunai umrah bersama ibu bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REEN dan kedua ibu bapanya selamat berangkat ke Tanah Suci hari ini bagi menunaikan ibadah umrah.

PETALING JAYA – Sebulan sebelum menyambut kedatangan bulan Ramadan, pelakon Reen Rahim bersyukur kerana dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah.

Lebih manis, pemergian pelakon dengan nama sebenar Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, itu disertai oleh kedua orang tuanya.

Reen berkongsi perkara tersebut menerusi Instagram sambil meminta maaf atas segala salah silap dirinya dan keluarga.

“Di sini kami memohon maaf seikhlas hati atas semua kesalahan dan kesilapan sama ada secara sengaja atau tidak.

“Halalkan segala apa yang dimakan, diminum atau diambil,” tulisnya dalam hantaran Instagram.

Dalam pada itu, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu turut memohon doa agar dia dan kedua orang tuanya diberi kesihatan yang baik, selamat sampai ke destinasi serta dapat menunaikan ibadah umrah dengan sempurna.

“Semoga dilindungi Allah SWT di mana sahaja kami semua berada, sehinggalah selamat pulang nanti.

“Mohon Allah panjangkan umur kami dan semoga dapat umrah yang mabrur, amin,” katanya.

Perkongsian Reen dihujani komen dan doa-doa daripada rakan selebriti serta peminat yang mendoakan agar pelakon itu serta ibu bapanya mendapat umrah mabrur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI