fbpx

Pukul isteri, suami dijel dan denda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SELAYANG – Akibat menumbuk dan menendang isterinya kerana berang ditanya mengenai wang sewa rumah , seorang pengawal keselamatan dipenjara tiga bulan dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Nur Hafizah Rajuni menjatuhkan hukuman itu terhadap M. Dhurai Singham, 48, selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada 3 mac lalu dan dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas isterinya berusia 42 tahun, di sebuah rumah di Kampung Sungai Bakau Rawang, pukul 5.03 petang pada 2 Mac lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Khairunnisak Hassni memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang lain agar tidak melakukan kesalahan sama.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan kerana dia berpendapatan rendah selain perlu menyara keluarga.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian tertuduh bertindak menumbuk pengadu (isteri) di bahagian belakang kepala dan menendang mangsa hingga terjatuh selepas isterinya bertanya mengenai wang sewa rumah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI