fbpx

PR1MA sasar 4,479 unit kediaman untuk rakyat Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reezal Merican (kiri) menyaksikan penyerahan pemilikan rumah PR1MA Residensi Larkin Indah oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada salah seorang pembeli.

JOHOR BAHRU – Tiga lagi projek perumahan mampu milik untuk rakyat Johor ditawarkan oleh Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) dalam usaha membantu rakyat di negeri ini memiliki kediaman sendiri.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, tiga projek berkenaan membabitkan Residensi Kota Tinggi, Residensi Pelangi Indah, dan Residensi Larkin Indah.

Beliau berkata, bagi Residensi Larkin Indah sebanyak 1,174 unit akan disediakan dan pembinaanya berada pada tahap 90 peratus.

“Residensi Larkin Indah ini dijangka siap sepenuhnya pada akhir Mei tahun depan.

“Selain residensi ini (Residensi Larkin Indah) kita juga sedang laksanakan dua lagi projek iaitu Residensi Kota Tinggi dan Residensi Pelangi Indah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Pembeli Residensi Larkin Indah di sini hari ini.

Hadir menyempurnakan majlis itu adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad dan Pengerusi PR1MA, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya.

Mengulas lanjut, Reezal Merican berkata, secara keseluruhannya, PR1MA akan menyediakan 4,479 unit kediaman untuk orang Johor.

Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya juga telah menjalin kerjasama dengan Skim Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP), sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan bagi melaksanakan Skim Pinjaman Perumahan Inovatif PR1MA.

Menurut beliau, kerjasama itu adalah selari dengan Aspirasi Keluarga Malaysia serta Kempen Pemilikan Rumah, ‘Home Ownership Programme’ (HOPE) oleh KPKT.

“Sebagai permulaan, ia ditawarkan kepada pembeli kediaman Residensi Larkin Indah sebelum diperluaskan ke projek PR1MA di seluruh negara.

“SJKP ditubuhkan untuk memberikan sokongan kepada mereka yang tidak mempunyai dokumentasi lazim pinjaman perumahan antaranya slip gaji, penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sebagainya,”ujarnya.

Tambah Reezal Merican, melalui program SJKP, bakal peminjam akan mendapat pembiayaan lebih tinggi sehingga 100 peratus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI