fbpx

PPj tidak lantik ejen bagi permohonan Residensi Prihatin Keluarga Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar mesej daripada individu yang mengaku sebagai ejen sah bagi urusan permohonan Residensi Prihatin Keluarga Malaysia.

PUTRAJAYA – Perbadanan Putrajaya (PPj) memaklumkan, pihaknya tidak pernah melantik mana-mana ejen atau individu bagi urusan permohonan Residensi Prihatin Keluarga Malaysia.

PPj menerusi kenyataan hari ini berkata, individu yang berminat untuk memiliki unit Residensi Prihatin Keluarga Malaysia, boleh membuat pendaftaran permohonan secara dalam talian.

“Permohonan boleh dibuat menerusi portal Residensi Prihatin di pautan https://residensiprihatin.kwp.gov.my,” kata kenyataan tersebut.

Jelasnya, segala butiran permohonan termasuk dokumen berkaitan hanya diserahkan dan dimuat naik menerusi portal berkenaan.

Tinjauan di portal berkenaan mendapati, beberapa projek perumahan kini dibuka untuk permohonan termasuk Residensi Prihatin Kenanga, Residensi Prihatin Melur dan Residensi Prihatin Cempaka yang bakal dibangunkan di Presint 19, di sini.

Selain itu, unit lain yang dibuka untuk permohonan termasuk Residensi Prihatin Cengkih (Presint 16), Residensi Prihatin Sentral (Presint 7) dan Residensi Prihatin Cemara (Presint 11).

Keseluruhan unit yang dibuka untuk pendaftaran adalah 6,534 unit dimana setiap unit ditawarkan pada harga RM200,000 dengan keluasan 750 kaki persegi.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai tawaran dan permohonan pendaftaran bagi rumah mampu milik dipercayai Residensi Prihatin oleh beberapa ejen hartanah.

Malah, perkara sama turut dikesan pada aplikasi Telegram menggunakan nama Rumah Prihatin Putrajaya 200K yang kini diikuti lebih 2,000 pengguna akaun.

Tinjauan pada akaun Telegram itu mendapati, ejen berkenaan turut meminta pemohon mengisi borang minat, menyediakan salinan MyKad dan draf bank sebanyak RM500.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI