fbpx

Pengantin naik kren cetus kebimbangan ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pengantin baharu yang menaiki kren.

PETALING JAYA – Tindakan pasangan pengantin baharu merakam memori tersendiri dengan menaiki kren tanpa memakai peralatan keselamatan pada hari persandingan mereka baru-baru ini menimbulkan kebimbangan orang ramai mengenai tahap keselamatan diri.

Menerusi video berdurasi 5 minit yang dikongsikan di akaun Facebook, @Megat Mohd Aizat itu menunjukkan sepasang pengantin menaiki kren yang turut diletakkan mercun di bawahnya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai berpendapat, perbuatan yang dilakukan pengantin tersebut melanggar etika keselamatan kerana mereka dilihat tidak memakai peralatan keselamatan.

“Allahuakbar, tidak ada keselamatan ni. Bukan senang-senang guna kren macam ini. Takut saya tengok, habisla pemilik kren dengan operator kren,” ujar @AmzCampro.

“Budaya barat pun tidak buat macam ini, orang kita sahaja buat benda pelik,” kata @ZarimiRajab

“Kalau pilih naik belon udara panas, mesti berterbangan pulak pengantin, apa pun selamat pengantin baharu,” kata @AudreyAnatahasia.

Sehingga kini, perkongsian tersebut meraih 209,000 tontonan dan lebih 1,900 tanda suka di Facebook. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI