fbpx

Pegawai PPK Klang didakwa buat tuntutan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zamadi ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Seorang penolong pegawai hal ehwal ekonomi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Klang didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan membuat tuntutan palsu sebanyak RM17,000, empat tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Zamadi Mohd. Zain, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan termasuk pilihan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Mohd. Zamadi yang merupakan bapa kepada tiga orang anak itu didakwa menipu pegawai atasannya dengan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM17,000 dengan menggunakan sekeping invois sebuah syarikat.

Justeru, dia dakwa mengikut Seksyen Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta yang sama.

Sabit kesalahan boleh dipenjara 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Mohd. Zamadi juga berdepan pertuduhan pilihan atas perbuatan sama mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun yang sama yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, sekiranya disabitkan kesalahan.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di PPK Klang pada 15 Januari 2018.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Fadhli Ab. Wahab menawarkan jaminan RM10,000 bersama penjamin dan syarat tambahan melaporkan diri di pejabat SPRM pada minggu pertama setiap bulan dan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.

Peguam Samry Masri dan Ainul Azwan @ Ainul Azirahman memohon jaminan dikurangkan memandangkan anak guamnya perlu menanggung tiga anak berusia 3 hingga 15 tahun dan ibunya yang merupakan balu berusia 65 tahun di Gua Musang, Kelantan.

“Anak guam saya telah berkhidmat 18 tahun dengan gaji terkini adalah RM4,000,” jelasnya.

Mahkamah menetapkan jaminan RM10,000 dan penjamin serta membenarkan syarat tambahan pendakwaan. Sebutan semula kes pada 5 April depan.

Kosmo! pada 13 Oktober tahun lalu melaporkan seorang lelaki yang merupakan penolong pegawai sebuah agensi perladangan direman selama lima bagi membantu siasatan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM15,000. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI