fbpx

NFT bendera Ukraine catat harga RM28 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Token NFT bendera Ukraine dilelong untuk mengumpul dana buat penduduk Ukraine. – AFP

KIEV – Sehelai bendera Ukraine  dalam bentuk token digital tidak boleh ditiru atau ditukar ganti (NFT) dijual pada harga AS$6.75 juta (RM28.25 juta) sebagai usaha mengumpul dana untuk penduduk negara itu yang terjejas akibat  perang, lapor laman berita Wion News semalam.

Pemenang bidaan tersebut adalah bagi pihak sekumpulan 3,271 penderma menerusi sebuah perkhidmatan digelar PartyBid.

Lelongan anjuran inisiatif pengumpulan dana orang ramai, UkraineDAO itu diketuai oleh kumpulan seni dari Rusia, Pussy Riot dan studio NFT, Trippy Labs.

“Projek ini dianjurkan oleh Pussy Riot, Trippy Labs, PleasrDAO, CXIP dan beberapa aktivis kemanusiaan Ukraine.

“Organisasi-organisasi tersebut berusaha keras untuk berunding dengan kami bagi memastikan kami mempunyai tempat selamat untuk menyalurkan sumbangan ini kepada penduduk yang memerlukan,” demikian menurut laman web UkraineDAO. – AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI