fbpx

Lelaki dakwa lukisan anak patung konon ‘berpuaka’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan lukisan yang dibeli Smith yang menampilkan dua anak patung. – Oddity Central

WASHINGTON – Seorang pengumpul barangan aneh di Amerika Syarikat yang membayar AS$50 (RM209.25) untuk sekeping lukisan yang dibelinya di sebuah pasar karat mendakwa bahawa karya seni itu ‘berpuaka’ dan menjadikan hidupnya menjadi lebih melarat, lapor laman web Oddity Central semalam.

Dan Smith (bukan nama sebenar) membeli lukisan menampilkan dua anak patung tidak bernama itu tanpa mengendahkan amaran bekas pemilik lukisan itu bahawa kononnya ia membawa nasib malang.

Smith menganggap amaran tersebut sebagai bonus kerana dia boleh mencuba sendiri sama ada kisah yang diceritakan itu ada asasnya atau karut semata-mata.

Sejak membeli lukisan itu, Smith berkata dia mula kurang tidur, rumahnya ‘diserang’ serangga dan hamster peliharaannya yang sihat ditemui mati. Kesakitan, kesunyian, kurang tidur dan kegelisahan mula muncul dalam hidupnya. 

Dia yakin semuanya berpunca daripada lukisan itu. Smith kini melelong lukisan itu dalam aplikasi eBay pada harga yang sama dalam usaha mengembalikan kehidupan lamanya.

Smith berkata, dia boleh sahaja memusnahkan lukisan itu dengan membakarnya tetapi ia berisiko kerana dianggap terdedah kepada nasib malang yang lebih besar.

“Saya mulakan lelongan pada harga AS$50 (RM209.25). Itulah harga yang saya bayar ketika membelinya, Saya harap ia mampu menebus apa yang saya lalui selama ini. Tetapi sebelum kamu membida, kamu telah diberi amaran!’’ katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI