fbpx

[VIDEO] Kesesakan sejauh 7 KM susulan treler terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang memadam kebakaran membabitkan sebuah treler di KM 21.3 NKVE menghala ke Kuala Lumpur sebentar tadi. FOTO: IHSAN BOMBA

PETALING JAYA – Kesesakan sejauh hampir tujuh kilometer (KM) dilaporkan berlaku di KM 21.3, Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) selepas sebuah treler terbakar sebentar tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.16 petang tersebut, kesesakan dilaporkan berlaku dari arah Subang Jaya menghala ke Bukit Lanjan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mahadir Sakdon berkata, treler yang membawa muatan sos kicap berkenaan telah terbakar di Kilometer 21.3.

“Kebakaran tersebut telah menyebabkan bahagian kepala lori musnah seratus peratus manakala bahagian kargo musnah sebanyak 30 peratus.

“Pemandu sempat menyelamatkan diri dan tidak melibatkan mangsa lain,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini sebentar tadi.

Mengulas lanjut, kebakaran juga telah berjaya dipadamkan sepenuhnya.

“Kebakaran ini juga telah menyebabkan kesesakan berlaku hampir sejauh tujuh kilometer berikutan kejadian berlaku di lorong tengah. Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati di jalan raya,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI