fbpx

Keperluan sekolah mampu milik di MR D.I.Y.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan MR D.I.Y. menunjukkan beberapa produk Kembali ke Sekolah yang ditawarkan.

PETALING JAYA – Sempena permulaan penggal persekolahan baharu pada 20 dan 21 Mac ini, peruncit perkakas rumah kegemaran rakyat Malaysia, MR D.I.Y. melaksanakan kempen Kembali ke Sekolah sehingga 22 Mac 2022.

Dengan pemberian diskaun sehingga 40 peratus untuk barangan kelengkapan sekolah, kempen tersebut bukan sahaja membolehkan ibu bapa dan para pendidik menikmati lebih nilai untuk wang mereka, malah memastikan para murid serta pelajar mendapat segala barangan persekolahan diperlukan.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, sebagai syarikat tempatan, pihaknya ingin terus melakukan yang terbaik demi kesejahteraan rakyat.

“Ini termasuklah memberi sokongan kepada para pelanggan kami dalam keadaan yang mencabar sekarang.

“Ketika ibu bapa risau untuk menghantar anak mereka kembali ke sekolah di tengah-tengah situasi pandemik dan bimbang tentang peningkatan kos, kami memutuskan untuk memulakan inisiatif kempen Kembali ke Sekolah ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Alex menambah, selain barangan seperti pelitup muka, stokin, kasut sekolah, bekas makanan dan set alat tulis, pihaknya turut melanjutkan penawaran ‘Always Low Prices’ untuk produk elektronik seperti fon telinga, mikrofon, pad tetikus serta kamera web.

“Kami sedar akan ada pelajar yang perlu belajar dari rumah sekiranya terdedah kepada virus atau ahli keluarga mereka dijangkiti dan penawaran ini diharapkan dapat membantu mereka meneruskan pembelajaran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI