fbpx

Kanak-kanak maut dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang mangsa maut dalam kebakaran sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Bakar Arang, Sungai Petani awal pagi ini.

SUNGAI PETANI – Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun meninggal dunia dalam kebakaran di sebuah kilang getah sintetik di Kawasan Perindustrian Bakar Arang di sini awal pagi ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dalam kenyataan di sini hari ini berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 4.11 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, kita mendapati kebakaran melibatkan sebuah kilang membuat getah sintetik dan api masih dalam keadaan marak.

“Kebakaran dianggarkan sebanyak 80 peratus dan pihak bomba dimaklumkan bahawa terdapat mangsa yang menginap di dalam bangunan tersebut,” katanya.

Katanya, pasukan pemadam diarah melakukan pemerhatian menyeluruh di lokasi tetapi tidak berjaya kerana api masih marak.

Tambahnya, api berjaya dikawal pada pukul 5 pagi dan mangsa yang dikenali sebagai Misah Kasih berjaya ditemui pada pukul 7.30 pagi di tingkat atas bangunan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI