fbpx

Isteri hampa suami obses main telefon bimbit hingga abaikan anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suami wanita itu hanya leka bermain telefon bimbit setiap hari selepas pulang dari kerja dan tidak mempedulikan anak mereka. – Unsplash

JAKARTA – Seorang wanita di  Indonesia mendedahkan rasa kecewa dengan sikap suaminya yang leka bermain telefon bimbit tanpa mempedulikan kebajikan anak dan rumah tangga mereka, lapor laman Berita Hits semalam.

Menerusi  hantaran yang dikongsikan di laman Twitter, wanita yang identitinya tidak didedahkan itu berkata, dia berasa ‘letih’ kerana perlu menguruskan rumah tangga berseorangan tanpa dibantu suaminya.

Menurut wanita itu, suaminya hanya asyik bermain telefon bimbit setiap hari dan tidak membantunya mendidik anak mereka.

 “Apabila pulang sahaja dari bekerja, dia terus bermain telefon bimbit dan tidak mengajak anak untuk bermain. Telefon bimbit, telefon bimbit, telefon bimbit,” demikian menurut perkongsian wanita tersebut.

Tambahnya, rasa kecewanya itu memuncak pada suatu hari apabila dia melempar telefon bimbit milik suaminya sehinggakan lelaki itu hampir menamparnya.

“Saya melempar telefon bimbitnya dan dia terus marah serta menghalau saya pulang ke rumah ibu bapa,” kata wanita itu.

Ekoran kejadian itu, wanita tersebut berkata, suaminya langsung enggan bercakap dan mempedulikan dia dan anaknya.

Perkongsian itu menjadi tular dengan ramai yang memberikan pelbagai pendapat.

“Seram betul alam rumah tangga. Semoga terus tabah. Pulang sahaja ke rumah ibu bapa dan bawa anak sekali,” kata seorang pengguna. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI