fbpx

Hujan berterusan di Terengganu, Pahang dan Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Penduduk di tiga negeri Semenanjung dinasihatkan berwaspada susulan amaran ribut petir serta hujan lebat berterusan dijangka berlaku bermula hari ini sehingga esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, amaran itu dikeluarkan bagi negeri Terengganu melibatkan daerah Kemaman serta Dungun.

“Selain itu, di Pahang pula membabitkan kawasan Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala di Johor melibatkan daerah Mersing dan Kota Tinggi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut MetMalaysia, keadaan hujan lebat serta ribut petir juga dijangka berlaku di Jelebu, Negeri Sembilan, Bentong serta Temerloh, Pahang sehingga pukul 5 petang hari ini.

Sementara itu, amaran yang sama turut dikeluarkan di Selangor yang dijangka tertumpu di sekitar Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat serta seluruh Kuala Lumpur.

“Negeri lain yang juga dijangka mengalami cuaca buruk termasuk Sarawak di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song) dan Bintulu (Tatau).

“Sabah turut mengalami cuaca yang sama melibatkan Pedalaman (Beaufort), Pantai Barat, Tawau serta Lahad Datu, Sandakan di sekitar Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Kota Marudu, Kudat sehingga 5 petang ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI