fbpx

Harith melawak kualiti lapangan terbang Malaysia, Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARITH ISKANDER

PETALING JAYA – ‘Klip daripada persembahan komediri (stand up comedy), bukan tatacara parlimen.”

Demikian jawapan balas pelawak, Harith Iskander kepada Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud dalam Twitter.

Terdahulu, Harith atau nama sebenarnya, Harith Iskander Musa memuat naik sebuah klip video persembahan komediri dirinya berjenaka secara sinis mengenai perbezaan servis atau kualiti lapangan terbang di Malaysia dan Singapura.

Menerusi video yang dimuat naik, Harith, 56, berkata, lapangan terbang Singapura beroperasi penuh meskipun mempunyai 20 kaunter namun di Malaysia mempunyai bilangan kaunter yang sama namun hanya dua kaunter sahaja kebiasaannya beroperasi.

Menyedari muat naik video berkenaan berlegar dalam Twitter, Khairul Dzaimee menegur Harith menerusi satu ciapan ringkas berbunyi: “This is misleading, Harith (maklumat ini adalah salah, Harith).”

Dalam pada itu, netizen turut berbahagi pendapat mengenai isu yang dibincangkan. Ada yang bersetuju dengan pendapat Harith dan ada juga yang menyebelahi Khairul Dzaimee.

“Saya pernah berdepan pengalaman lebih buruk (berbanding Malaysia) di negara lain.

“Tak faham maksud komedi ke? Ini komedilah, bukan benda serius. Harith merupakan seorang pelawak. Orang Malaysia tahu apa itu gurauan dan sebaliknya,” demikian antara ciapan daripada bibir netizen menegakkan pegangan pendapat masing-masing.

Sekadar info, Singapura berada di belakang Malaysia dalam senarai ranking World’s Best Airport Immigration Service 2021.

Menerusi carta tersebut, Malaysia berada di posisi tempat keempat manakala Singapura menerusi lapangan terbang Singapore Changi Airport  sekadar menduduki tangga kelima. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI