fbpx

Elak orang tengah, jual hasil pertanian kepada pihak berautoriti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Muhammad Zawawi (tiga dari kanan) melihat hasil pertanian tempatan yang dijual menerusi Program Jualan Terus Dari Ladang di AEON Kota Bharu hari ini. - FOTO: ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU – Golongan petani disarankan agar menjual hasil pertanian mereka kepada pihak yang berautoriti selain tidak bergantung kepada orang tengah yang sentiasa mengambil kesempatan terhadap mereka.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) merupakan agensi yang bertangungjawab memantau keadaan petani dan menyalurkan hasil tani mereka ke tempat yang betul.

“PPK bertindak sebagai agensi yang menyediakan perkhidmatan percuma dan tidak mengambil kesempatan terhadap petani. Kita tahu kebanyakan petani terdiri daripada penduduk kampung selain tidak mempunyai kemahiran untuk memasarkan hasil pertanian mereka.

“Sehubungan dengan itu, PPK akan membantu petani dengan memasarkan hasil pertanian ke tempat yang sewajarnya. Sebagai contoh, hasil pertanian mereka kini sudah dipasarkan di pusat beli-belah AEON Kota Bharu selain dijual pada harga yang berpatutan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Jualan Terus Dari Ladang anjuran PPK Kelantan di pusat membeli belah AEON, Lembah Sireh di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nik Muhammad Zawawi memberitahu, pihaknya menyasarkan jualan sebanyak RM120,000 untuk produk pertanian dan usahawan industri kecil dan sederhana dalam tempoh lima hari program itu dijalankan di pusat beli-belah berkenaan.

Menurutnya, pihak kementerian berharap usaha itu dapat membantu petani supaya tidak bergantung kepada orang tengah yang hanya mengambil kesempatan terhadap golongan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI