fbpx

Arab Saudi larang pelajar tidak vaksin duduki ujian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMENTERIAN Pendidikan menegaskan, peperiksaan semester kedua secara dalam talian tidak akan diadakan bagi mana-mana pelajar. – Saudi Gazette

RIYADH – Kementerian Pendidikan Arab Saudi telah mengeluarkan arahan kepada pihak institusi pendidikan di seluruh negara untuk tidak membenarkan pelajar yang tidak divaksin menduduki peperiksaan akhir semester kedua, lapor akhbar Saudi Gazette, kelmarin.

Menurut pekeliling kementerian, pihak sekolah diminta untuk menganggap pelajar yang tidak divaksin sebagai tidak hadir dan menghalang mereka daripada memasuki sekolah. 

Kementerian menegaskan, peperiksaan tidak akan diadakan secara online pada penghujung semester kedua bagi mana-mana pelajar.

“Peperiksaan untuk semua pelajar lelaki dan perempuan yang tidak divaksin akan diadakan mengikut mekanisme yang dipatuhi terhadap mereka yang tidak hadir.

“Peperiksaan akan diadakan untuk mereka pada awal semester ketiga jika alasan ketidakhadiran mereka diterima,’’ katanya dalam pekeliling itu.

Ia adalah sebahagian daripada usaha jabatan untuk memastikan pelajar selesai menerima dos vaksin Covid-19 sebelum peperiksaan bermula. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI