fbpx

Wanita hamil anak pertama,kedua dalam masa sama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Odalis dan suami, Antonio bersama dua anak mereka kini berusia enam bulan. - Kennedy News and Media

SACRAMENTO, California – Seorang wanita di Amerika Syarikat  mendedahkan bahawa dia disahkan hamil anak kedua ketika masih mengandungkan anak pertama, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.

Menurut Odalis Martinez, dia disahkan hamil anak sulungnya  pada November 2020 selepas mengalami keguguran beberapa bulan sebelumnya.

Namun begitu, ketika pemeriksaan kandungan dibuat, doktor mendapati terdapat dua kantung bayi berbeza yang disenyawakan pada yang  minggu sama dengan perbezaan hanya lima hari.

Fenomena yang sangat jarang berlaku ini dikenali sebagai superfetasi di mana kehamilan kedua berlaku beberapa hari atau minggu selepas kehamilan pertama.

“Mereka seperti pasangan kembar tetapi sebenarnya bukan. Namun rupa sangat mirip antara satu sama lain.

“Kebiasaannya jika orang bertanya adakah Lilo dan Imelda kembar, saya hanya mengiakan kerana enggan mengelirukan mereka,” jelasnya.

Wanita itu bersalin pada 10 Ogos 2021 dengan Lilo dilahirkan dahulu diikuti dengan Imelda. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI