fbpx

Ukraine mansuh visa warga asing yang ingin bantu lawan Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRESIDEN Ukraine, Volodymyr Zelensky menandatangani dekri memansuhkan visa untuk sukarelawan asing yang ingin membantu negara itu melawan tentera Rusia. - AFP

KIEV – Ukraine telah mengetepikan keperluan visa untuk warga asing yang ingin bersama-sama melawan Rusia yang terus bertindak menyerang negara itu, lapor laman berita Wion News semalam. 

“Sesiapa sahaja yang ingin menyertai pertahanan Ukraine, Eropah dan dunia boleh datang dan berjuang bersama-sama Ukraine menentang penjenayah perang Rusia,” demikian menurut satu kenyataan di laman web presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.

‘’Permohonan untuk menyertai pasukan itu memerlukan bakal sukarelawan untuk memperincikan pengalaman ketenteraan mereka selain mereka disyorkan untuk membawa alat perlindungan sendiri termasuk topi keledar dan perisai badan,’’ jelas kenyataan itu.

Dekri yang ditandatangani oleh Presiden Volodymyr Zelensky dikuat kuasa semalam dan akan kekal berkuat kuasa selagi undang-undang tentera dikuatkuasakan.

Hampir seminggu selepas Moscow melancarkan perang ke atas negara jirannya, ia telah gagal menawan sebuah bandar utama Ukraine selepas menghadapi tentangan hebat yang tidak dijangka.

Negara-negara Barat takut bahawa komander-komander Rusia kini boleh melancarkan taktik yang mereka gunakan di Syria dan Chechnya dalam beberapa dekad kebelakangan ini. Mereka menghancurkan kawasan awam dan membunuh beribu-ribu penduduk ketika menghantar kereta kebal.

Kiev mencatatkan seramai 352 orang awam telah terbunuh termasuk 14 kanak-kanak sejak pencerobohan bermula Khamis minggu lalu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI