fbpx

Solar beli SUV mewah untuk ibu bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOLAR

PENYANYI Solar daripada kumpulan Mamamoo menyapa peminat dengan berkongsi sebuah video terbaharu menerusi akaun rasmi YouTube miliknya, Solarsido baru-baru ini.

Namun apa yang mengujakan peminat adalah pendedahan penyanyi itu sempena meraikan ulang tahun kelahirannya pada 21 Februari.

Sebelum ini, Solar dia sudah banyak menyediakan hadiah buat diri sendiri dan bertindak melakukan hal sebaliknya untuk sambutan tahun ini.

“Saya rasa nak bagi hadiah untuk peminat tetapi saya tak banyak beri sesuatu yang besar untuk ibu bapa. Jadi memandangkan ini hari lahir saya, saya ingin beri sesuatu yang bermakna buat mereka.

“Ini bukan hadiah yang saya beli sesuka hati. Saya sudah buat persiapan untuk hadiah ini sejak beberapa tahun lepas,” katanya.

Dalam video berkenaan, Solar memandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) menuju ke rumah orang tuanya.

“Ibu menggunakan keretanya selama 10 tahun. Saya tak ada kereta. Jadi saya hadiahkan kereta ini kepada dia dan ambil kereta lamanya,” ujar Solar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI