fbpx

Ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Penduduk di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak dinasihatkan berwaspada ekoran amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang petang ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam laporannya berkata, amaran dikeluarkan di Perak bagi kawasan Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Di Pahang, keadaan sama dijangka tertumpu di Tanah Tinggi Cameron dan Bentong sementara di Selangor membabitkan hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

“Selain itu, di Negeri Sembilan melibatkan kawasan Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau,” katanya.

Menurut MetMalaysia, keadaan cuaca buruk itu turut melibatkan keseluruhan kawasan di Kuala Lumpur dan Melaka.

“Di Johor, amaran turut dikeluarkan di kawasan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

“Bagi negeri di Semenanjung, cuaca hujan lebat dan angin kencang dijangka berlarutan sehingga lewat petang,” ujarnya.

Seterusnya, di Sarawak melibatkan Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Kapit), Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Limbang.

Manakala di Sabah, cuaca buruk tertumpu di Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) Kudat serta Labuan sehingga pukul 7 malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI