fbpx

‘Port’ judi ayam digempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG JAYA – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia dan seorang wanita tempatan berjaya ditangkap di kawasan belakang rumah tidak bernombor di Taman Permai di sini bersama 5 ekor ayam jantan yang digunakan untuk bermain sabung judi ayam baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kesemua lelaki dan wanita yang berusia 52 tahun itu diberkas kira-kira pukul 1.30 tengah hari pada 27 Februari lepas oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

“Pihak polis juga telah merampas 5 ekor ayam jantan, 4 unit telefon bimbit pelbagai jenama dan wang tunai berjumlah RM990 dan juga barang- barang yang digunakan sebagai persediaan laga ayam.

“Kesemua suspek memiliki pasport tamat tempoh direman selama 3 hari sehingga 2 Mac untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI