fbpx

Pemilik premis, pengunjung dikompaun RM45,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis melakukan pemeriksaan dalam serbuan yang dijalankan di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur malam tadi.

KUALA LUMPUR – Seramai 45 individu dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam serbuan ke atas sebuah pusat hiburan di sekitar ibu negara malam tadi.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob berkata, siasatan mendapati premis terbabit melanggar Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB) PPN Fasa 4 2021 yang masih dikuatkuasakan ketika ini.

“Pemilik premis dikompaun RM1,000 manakala 44 pengunjung pula dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang. Jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan adalah RM45,000,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, sejak 1 Januari lalu, pihaknya mengeluarkan sebanyak 451 kompaun bernilai RM451,000 terhadap mereka yang gagal mematuhi SOP Covid-19. Kesemua kompaun dikeluarkan mengikut Akta 342 APPPB 1988. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI