fbpx

Nekad redah sungai cari ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan wanita tersebut menyeberangi sungai menggunakan jambatan yang sudah musnah akibat banjir.

PETALING JAYA – Kegigihan seorang wanita meredah bahaya bagi mencari ibunya yang terputus hubungan akibat banjir mendapat perhatian orang ramai.

Sebuah video berdurasi satu minit 17 saat yang memaparkan wanita berkenaan menyeberangi sungai di sebuah jambatan yang separuh musnah akibat banjir turut menjadi tular di media sosial.

Difahamkan wanita berkenaan nekad untuk menyeberangi sungai itu selepas dua hari terputus hubungan dengan ibunya sejak perkampungan didiami mereka dilanda banjir.

Kejadian itu dipercayai dirakam di Terengganu.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati orang ramai sebak melihat kegigihan wanita tersebut bagaimanapun ada yang meluahkan rasa bimbang dan menasihatkan agar mangsa-mangsa banjir tidak mendedahkan diri mereka kepada keadaan yang berisiko.

“Semoga dipermudahkan urusan adik itu. Hati-hati jaga keselamatan dan hargai nyawa lagi-lagi ketika musim banjir ini,” kata Ain.

“Semoga dipermudahkan dan jaga keselamatan. Ada kabel elektrik itu, bahaya. Harap tak ada yang tiru aksi ini, seram tengok,” kata Irawati.

“Keselamatan kena fikir, tak apalah nasib tidak ada apa-apa berlaku, semoga dipermudahkan urusan,” kata Nurhaliza.

Terdahulu, Terengganu dilanda banjir sejak enam hari lalu dan sehingga semalam mangsa banjir di negeri berkenaan terus meningkat mencecah hampir 18,000 orang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI