fbpx

Mangsa banjir Terengganu kekal 17,384 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis sedang membersihkan Banjir Polis Manir yang terjejas dengan banjir di Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir di Terengganu masih kekal 17,384 daripada 4,549 keluarga yang berada di 86 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri ini.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Terengganu berkata, begitupun Marang telah pulih sepenuhnya selepas satu-satu PPS yang beroperasi di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Berangan telah ditutup petang semalam.

“Kemaman kekal paling terjejas dengan 9,245 mangsa daripada 2,358 keluarga masih berada 27 PPS.

“Seramai 3,845 mangsa daripada 969 keluarga masih ditempatkan di 19 PPS di Hulu Terengganu,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Terengganu berkata, sebanyak 24 PPS masih dibuka di Dungun dengan 2,795 daripada 823 keluarga masih ditempatkan.

Tambah beliau, Kuala Nerus pula masih mempunyai 502 mangsa daripada 140 keluarga yang berada di lima PPS.

“Seramai 490 mangsa daripada 128 keluarga pula masih ditempatkan di empat PPS manakala empat PPS dengan 355 mangsa daripada 89 keluarga masih beroperasi di Besut.

“Setiu pula semakin memulih dengan 152 mangsa daripada 42 keluarga masih berada di tiga PPS,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI